Galeri Ilmu
31 Soal Jawab Bid’ah
Author: Ustaz Muhadir Haji Joll
Pages: 426
Type: Paperback
Kaedah dan asas tentang bid’ah yang telah disusun dan diperhalusi
oleh para fuqaha’, menjadikah bid’ah tidaklah terlalu sukar untuk
difahami. Antaranya dengan menjadikan syariat sebagai kayu ukur
terhadap perkara baharu dan memahami makna bid’ah untuk hukum
yang benar. Buku ini membawa pembaca memahami asas dan
kaedah ini dalam menjawab segala persoalan berkaitan bid’ah.
Antara persoalan menarik di dalam buku ini:
-> Adakah lafaz “kullu” dalam hadis mengenai bid’ah menunjukkan
hanya ada bid’ah dhalalah?
-> Apa yang tidak dibuat Nabi SAW bukan sunnah? Nabi tak
merestuinya?
-> Bolehkah diambil kesimpulan, jika amalan itu baik, maka
tentulah para Sahabat lebih dahulu melakukannya?
-> Benarkah perkara ibadah tidak boleh ditambah atau dikurang?
-> Benarkah hakikat bahawa agama Islam telah sempurna
menafikan adanya bid’ah hasanah?
-> Benarkah Sayyidina Ibnu Abbas menolak bid’ah hasanah?
Imam Syafi’i juga menolak?
-> Perkara-perkara baharu yang baik yang dilakukan oleh para
Sahabat dan para Salafus Soleh bukan bid’ah hasanah?