ITBM
Dosa dan Balasan
Author: Fyodor Dostoyevsky
Type: Paperback
Pages: -
Salah sebuah novel terulung dunia, Dosa dan Balasan menceritakan kisah pembunuhan dan akibatnya - rentetan kisah mendebarkan yang tiada tolok bandingnya, berlaku pada pertengahan abad ke - 19 ketika zaman peralihan ketegangan Rusia hingga zaman moden. Di kawasan sesak naungan Tsar di St. Petersburg, Raskolnikov, seorang cendekiawan sensitif, percaya bahawa beliau dikecualikan daripada hukum moral akibat desakan kemiskinan. Namun, apabila kepercayaannya diuji, beliau menderita hingga tidak tertanggung. Dosa dan Balasan, novel yang mengingatkan kita agar mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan.
“Tidak ada seorang penulis pun,” tulis Irving Howe tentang Dostoyevsky,” yang pernah mendramakan nilai dan risiko, penggunaan serta pencemaran pemikiran yang sistematik dengan sangat berkesan.” Namun, Sigmund Frued dan pengkritik lain melihat karya warga Rusia ini dari sudut pandangan berbeza. Menurut Freud, “Beliau berupaya untuk menjadi pembebas. Sebaliknya, beliau memilih untuk menjadi penawan.”
Dengan pengenalan oleh
Leonard J. Stanton dan James D. Hardy, Jr.,
Serta kata hujungan baharu oleh Robin Feuer Miller
“Beliau ialah satu-satunya ahli psikologi yang saya perlu belajar sesuatu daripadanya.” - Friedrich Nietzsche