Penerbitan Hayrat
Lima Risalah
Author: Badiuzzaman Said Nursi
Penterjemah: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat
Pages: 132
Type: Paperback
Lima Risalah merupakan buku yang mengumpulkan risalah-risalah asas daripada koleksi Risalah An-Nur. 5 risalah ini terdiri daripada;
Kalimah Pertama menafsirkan kalimah Basmalah secara maknawi.
Hujah keimanan ke-10 merupakan risalah yang menjelaskan al-imanu billah (beriman kepada Allah), makrifatullah (mengenali Allah), mahabbatullah (cinta kepada Allah) dan kelazatan rohaniah.
Hujah keimanan ke-6 memberikan hujah secara naqli dan aqli tentang kewujudan hari kebangkitan.
Kalimah Ke-19 tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW ini membicarakan kenabian dan bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Risalah Ikhlas menjelaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan.
Risalah Alam memberikan hujah dan pembuktian kewujudan Allah dengan menolak argumen-argumen golongan ateis.
Risalah-risalah yang dikumpulkan membentuk Lima Risalah ini merupakan hakikat keimanan yang asas, menjadikan buku ini sangat penting bagi pemula untuk membaca Risalah An-Nur.