Kafilah Buku & Halaqah Muamalah

Tatacara Urus Niaga: Terjemahan Kitab Al-Buyu'

$8

[Pre-Order] Expected to arrive mid-May 2022 

Author: Abu Shuja al-Aṣfahānī (terjemahan Rizky Febian)

Pages: 69

Type: Paperback

Karya terjemahan ini merujuk kepada salah satu bahagian penting dalam Kitāb Matn al-Ghāyah wa al-Taqrīb, iaitu bahagian Kitāb al-Buyūʿ (Kitab Jual-Beli) yang ditulis oleh Imām al-Abī Shujāʿ al-Aṣfahānī. Di dalam bahagian tersebut, Imām Abū Shujāʿ telah menyenaraikan dan membahas secara ringkas beberapa perbincangan penting mengenai tatacara urus niaga, seperti Hak Memilih dan Mempertimbangkan (Khiyār), Akad Pemesanan (Salam), Perihal Gadai (Rahn), Pemindahan Hutang (Ḥawālah), Penjaminan Hutang (Ḍamān al-Duyūn), Perkongsian (Sharikah), Perwakilan (Wakālah), Pinjam-Meminjam (ʿĀriyyah), Tentang Shufʿah, Pelaburan (Qirāḍ), Akad Penyiraman (Musāqah), Sewa-Menyewa (Ijārah), Akad Janji Hadiah atau Upah (Juʿālah), Tentang Mukhābarah, Menghidupkan Tanah Terbiar (Iḥyāʾ al-Mawāt), Perihal Wakaf (Waqf), Hibah, Simpanan (Wadīʿah) dan lain-lain.

Meskipun kecil, karya ini telah mencakup hampir semua pembahasan utama yang perlu dan penting untuk diketahui. Selain itu, terjemahan ini juga dihasilkan adalah gaya bahasa yang mudah, dan juga disertai dengan nota kaki dan huraian yang ringkas namun jelas, sehingga memudahkan sesiapa sahaja yang mengkaji dan mempelajarinya. 

 

You may also like

Recently viewed