Biblio Press

Hikayat Nabi Yusuf

$16

Author: Muhammad Labai

Pages: 127

Type: Paperback

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam al Quran dan kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah fahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon”, “Kata sahibul hikayat”, “dikonon orang” dan sejenisnya. Ini perlu depijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

You may also like

Recently viewed