Akademi Jawi Malaysia
Kebun Segala Raja-Raja
Author: Shaykh Nur Al-din Al-Raniri
Pages: 277+xxviii
Naskhah Bustān al-Salāṭīn telah dikarang oleh Shaykh Nūr al-Dīn al-Rānīrī, seorang ‘ulama handalan di kerajaan Aceh Dār al-Salām. Tidak ramai yang mengetahui naskhah ini mengandungi ‘ilmu perubatan yang diletakkan di bab ketujuh. Jelas sekali al-Rānīrī memandang ‘ilmu perubatan sebagai penting dalam kehidupan dan pengurusan kenegaraan.
Menariknya, kewujudan naskhah ini di Aceh sendiri pernah menjadi nadir. KEBUN SEGALA RAJA-RAJA ini adalah sebuah kajian dua naskhah Bustān al-Salāṭīn dari Yayasan Muzium dan Pendidikan Ali Hasjmy dan Dayah Tanoh Abee di Aceh yang julung-julung kali dikaji dan dibandingkan.
Naskhah ini merupakan dokumentasi bertulis dalam bahasa Melayu yang paling awal dan memiliki keunikan tersendiri seperti memasukkan ‘ilmu anatomi dan perubatan herba. Kandungannya yang saintifik sekaligus menolak secara total dan berfakta akan da‘waan Orientalis seperti Snouck Hurgronje bahawa perubatan orang Melayu adalah perubatan mistik dan tahyul