Akademi Pemikiran Turath
Wirid-wirid Tariqah Al-Siddiqiyyah Al-Shadhuliyyah
Author: Sidi Nuruddin Ali Jum'ah al-Shafi'i Al-Misri, Ahmad Faiz Mohd Khalil Al-Azhari & Amar Farhan Al-Azhari
Pages: 110
Type: Paperback
Zikrullah dapat menenangkan hati, menghapuskan dosa, dan menolak bala, menghilangkan kesedihan dalam jiwa, mendekatkan diri kepada Tuhannya, melembutkan hati dan anggota maka ia khusyuk di hadapan keagungan Allah. Mata pula akan mengalirkan air mata kerana gerun dengan Allah. Zikir mendorong rasa rindu pada penzikir maka bergetar badannya rindu untuk dekat dengan Allah. Dan menguatkan harapan hamba kepada keampunan dan reda Allah.
Allah telah mengarahkan untuk berzikir dan menerangkan kelebihannya daripada Al-Quran.
Firman Allah, yang bermaksud:
"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (al-Baqarah: 152).