ITBM

Mengepak Sayap

$8

Author: 

Sharifah Umamah Al-Edrus

Type: Paperback

Cerpen “Mengepak Sayap” yang diangkat menjadi judul kumpulan cerpen ini mengisahkan seorang prempuan yang disahkan mengidap barah payudara. Pada peringkat awalnya, dia sukar untuk menerima hakikat yang dia telah disahkan mengidap kanser ini. Apatah lagi, dia berkerjaya sebagai seorang perunding kecantikan yang mementingkan penampilan diri.

Apabila mengidap kanser payudara, kecantikan diri yang selama ini dititikberatkan telah hilang begitu sahaja. Akibat kemoterapi, kepalanya terpaksa dicukur. Bentuk badannya juga turut mengalami perubahan secara mendadak. Dia mengalami tekanan yang sangat teruk. Dia merasakan yang dirinya akan dijemput maut pada bila-bila masa sahaja.

Namun begitu, akhirnya dia sedar akan kekuasaan Tuhan. Dia kembali merapatkan dirinya dengan Tuhan. Akhirnya dia menemukan ketenangan dan dapat menerima cabaran yang sedang dihadapinya.

 

 

You may also like

Recently viewed