Akademi Jawi Malaysia

Mustafa: Hikayat Keruhanian Seorang Kiai (Jawi)

$30

Author: Jamal Ismail

Page: xii + 558

Type: Paperback

 

دهاݢي سيڠاڤورا 1915. بومي تماسيق برداره دڠن ڤرستيوا ڤمبرونتقكنعسكر سيڤوي بريتيش براݢام إسلام، سلڤس مندڠر خبراكن دهنتر مننتڠكراجأن عثمانية دالم ڤرڠ دنيا ڤرتام.

مصطفى: حكاية كروحانين سؤرڠ كياي اوله جمال إسماعيل اين مڠيصهكنڤڠمبارأن سؤرڠ توان ݢورو يڠ عالِم لاݢي صوفي، مڠهداڤي ڤلباݢاي موسوهيڠ بربيذا كڤرچيأن دان كڤنتيڠن، دمي منݢقكن اجاران إسلام يڠ بنر دبوميسيڠاڤورا دالم سواسان ڤنوه ڤرݢولقكن ايت.

ڤڠارڠ يڠ منريما انوݢره تون سري لانڠ سيڠاڤورا 2023 اين تله منظاهِركناينتيساري معنى روحاني دري سمودرا اجاران إسلام دڠن چريتا يڠ لينچه،واتق يڠ هيدوڤ دان بابق٢ يڠ ممبكس.

Dahagi Singapura 1915. Bumi Temasik berdarah dengan peristiwa pemberontakan askar Sepoy British beragama Islam, selepas mendengar khabar akan dihantar menentang Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.

Mustafa: Hikayat Keruhanian Seorang Kiai oleh Jamal Ismail ini mengisahkan pengembaraan seorang tuan guru yang ‘alim lagi sufi, menghadapi pelbagai musuh yang berbeza kepercayaan dan kepentingan, demi menegakkan ajaran Islam yang benar di bumi Singapura dalam suasana penuh pergolakan itu.

Pengarang yang menerima Anugerah Tun Seri Lanang Singapura 2023 ini telah menzahirkan intisari ma‘na ruhani dari samudera ajaran Islam dengan cerita yang lincah, watak yang hidup dan babak-babak yang membekas.

You may also like

Recently viewed