Gerimis

Mah Meri Animal Folklore (Cerita Rakyat Mah Meri: Kisah Haiwan)

$30

Author: Julida Uju

Pages: 92 (incl cover)

Type: Softcover

Audio recordings in Malay and mah Meri (online)

Cerita Rakyat Mah Meri: Kisah Haiwan ialah sebuah himpunan tujuh kisah. Kisah-kisah ini dipenuhi dengan wwa tak-watak haiwan yang menghiburkan dan adalah selayang pandang bagaimana Mah Meri mencerap persekitaran mereka.

Mah Meri adalah salah satu daripada 19 kelompok Orang Asli yang berbeza budaya dan bahasa yang mendiami Semenanjung Malaysia. Mereka adalah kaum persisiran yang hidup di sepanjang pantai di Selangor dari Sungai Pelek hingga ke Pulau Carey juga Pulau Ketam.

Mah Meri, atau Mha Meri bermakna ‘orang dari hutan’. Dalam kesusasteraan lama, mereka telah dirujuk sebagai Hma’ Besisi, yang diterjemahkan kepada ‘orang bersisik’. Walau demikian, dalam kalangan sendiri mereka senang menggunakan Hma’ Heh yang diterjemahkan kepada ‘orang kita’.

Dengan ketiadaan bahasa bertulis, cerita rakyat mereka ialah sebuah wadah kepada kearifan, budaya, adat, tradisi, dan sejarah mereka diperturunkan daripada generasi kepada generasi.

You may also like

Recently viewed