ITBM

Ghairah Dunia Dalam Empat Baris: Sihir Pantun Dan Estetikanya

$22

Author: 

Muhammad Haji Salleh

Type: Paperback

Pages : 265

Pantun ialah bentuk dan rupa budaya sastera yang paling menarik dan mengghairahkan – di wilayah dunia Melayu dan juga di Eropah dan dunia siber. Tertawan oleh bentuk ini Muhammad Haji Salleh mengadakan berbagai-bagai penyelidikan yang dilaksanakan di perpustakaan di London dan Leiden, di kampung dan kota, di Patani dan Ambon, di Sri Lanka dan Riau, selama tidak kurang daripada 40 tahun.

Esei-esei tentang estetika pantun ialah salah satu sumbangan unik beliau kepada pengajian sastera Melayu-Nusantara. Sementara itu esei-esei ini dapat dilihat sebagai di antara penerokaan terbaru dan terasli dalam kajian bentuk ini. Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh ialah sarjana yang sudah menulis puisi, kritikan dan teori selama 50 tahun. Beliau mengarang, menterjemah dan juga memperkenalkan sastera Melayu/Malaysia dalam 55 buah buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

You may also like

Recently viewed