Author: Danial Aziz Ahmad
Type: Paperback
Pages: 180
Sejak filem Melayu mula diterbitkan pada tahun 1934 hingga berakhirnya penerbitan filem secara sistem studio pada tahun 1980, berpuluh filem Melayu ditakdirkan untuk hilang tanpa dikesan. Bertambah tragis lagi apabila perkara ini langsung tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Hasil kerja ikon sinema Melayu seperti P. Ramlee, Hussain Haniff, M. Amin, A.R. Tompel dan Salleh Ghani yang mempunyai signifikan dari segi artistic dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa tragedi budaya ini.
Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku dan adakah ia akan terus dilupakan?
“Movies touch our hearts, awaken our vision, and change the way we see things. They take us to other places. They open doors and minds. Movies are the memories of our lifetime. We need to keep them alive.” – Martin Scorsese, pengasas The Film Foundation