Penerbit UKM
Hermeneutik Pemikir Liberal Pemahaman Hadis
Author: Syarifah Nayan & Latifah Abdul Majid
Type: Paperback
Pages: 171
Golongan Islam yang berfikiran liberal mengkritik pendekatan pemahaman teks hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu dalam memahami hadis sebagai tidak berkembang sesuai dengan perkembangan zaman sekarang. Teks hadis berkaitan wanita seringkali dianggap mendiskriminasi wanita dan masih mengamalkan sikap patriarki. Oleh kerana hermeneutik dianggap mampu bersifat adil terhadap teks maka, para pemikir liberal menawarkannya diaplikasikan dalam hadis untuk mengubah pemahaman tentang hukum yang terdapat dalam hadis supaya berubah mengikut konteks zaman sekarang. Bahkan, sudut kepengarangan hadis dicurigai kerana lingkaran hermeneutik iaitu teks, pengarang dan pembaca menekankan supaya bersikap prejudis kepada pengarang. Oleh itu, penulisan buku ini bertujuan untuk memahami konsep hermeneutik yang digunakan oleh pemikir liberal dalam al-Quran dan hadis. Seterusnya, menjelaskan perbezaan kaedah pemahaman hadis antara ulama kontemporari dan pemikir liberal serta menganalisis pendekaran hermeneutik dalam pemahaman hadis khusus dalam isu wanita. Sehubungan dengan itu, buku ini dilihat wajar untuk diusahakan agar masyarakat dapat memahami dan membetulkan kefahaman tentang hadis Nabi SAW serta maksud sebenar yang disampaikan supaya tidak mudah dimanipulasi oleh dakyah luar. Buku ini diharap dapat memberi kefahaman yang sesuai dengan pengetahuan masyarakat masa kini.