Asyraff
Mari Kita Belajar Sembahyang (Lelaki)
Author: Ustaz Hj Mohamed Arshad Hj Ahmad
Pages: 108
Type: Paperback
Sembahyang adalah salah satu asas kepada Islam yang kita anuti, bahkah ia adalah Rukun Islam ke dua. Lebih utama lagi, ia adalah tugas wajib kita terhadap Tuhan, Pencipta kita. Lantaran itu, setiap orang Islam perl mengetahui dan melaksanakannya dengan tepat dan betul.
Menyedari tanggungjawab ini, maka buku "Mari Kita Belajar Sembahyang" edisi Lelaki dan Perempuan ini berusaha memberi serba sedikit panduan yang perl untuk melaksanakan Rukun Islam kedua ini.
Dalam buku in bukan sekadar menceritakan tentang asas sembahyang sahaja, tetapi merangkumi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya untuk menjadikan kita lebih faham akan tanggungjawab kita dalam mendirikan sembahyang itu.
Semoga dengan lahirnya buku ini akan membantu kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, yang taat patuh kepada-Nya, moga-moga kita mendapat rahmat dan keredhaan-Nya, insya-Allah.