Katapilarbooks

Memoir Pustakawan - Kisah Orang Pustaka

$15

Penyelenggara: Nor Azzah Momin | Khairulbahiyah Yaakub | Siti Azizah Md. Nor | Noraini Abdul Rahman

Pages:

Type: Paperback 

Pustakawan bukan sekadar menyusun buku di rak, atau duduk di sebalik meja sambil menjeling pengunjung yang membuat bising, atau mengecap buku yang mahu dipinjam pengunjung. Tugas mereka adalah lebih daripada itu.

Ada pustakawan yang mewakili negara mempersembahkan manuskrip langka ke persada dunia. Ada pustakawan yang membantu menterjemahkan buku cerita kanak-kanak kepada tulisan Braille. Ada juga pustakawan yang menjelajah ke kawasan terpencil membawa Perpustakaan Bergerak dalam bentuk bas agar kanak-kanak desa dapat membaca. 

Memoir Pustakawan akan menyajikan kisah para pustakawan ini, yang bukan setakat merekod buku ke dalam sistem sahaja—tetapi turut membina hubungan, menyalakan rasa ingin tahu serta memperkayakan kehidupan. 

Selamat menjelajah masuk ke dalam dunia wira yang tak didendang ini!

You may also like

Recently viewed