CASIS & HAKIM
Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu (Cetakan Kedua)
Author: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Translator: Muhammad Zainiy Uthman
Type: Paperback
Pages: 121
Buku ini merupakan terjemahan kepada karya Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang berjudul 'The Correct Date Of The Terengganu Inscription'. Terjemahan ini telah diusahakan oleh Prof Muhammad Zainiy Uthman.
Kepentingan Batu Bersurat Terengganu bertitik-tolak dari kesahihan tarikh yang terpahat pada muka A. dan kesahihan tarikh itu telah ditetapkan sebagai sah dan terbukti pada 4 Rajab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 yang merupakan satu penemuan penting dan bersejarah oleh Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Beliau sekaligus menyangkal shak wasangka pakar-pakar Barat pengkaji awal Batu ini yang telah menebar jala keraguan ke atas tarikh terpahat itu. Dengan hujah-hujah berdasarkan kaedah penulisan khat, falak, budaya orang Islam dan pemikiran saintifik melalui pemerhatian 'ilmiah, beliau telah menghancurkan keraguan yang telah ditebarkan ke atas tarikh terpahat itu.