Jejak Tarbiah

Margaretta Gauthier

$14

Ditulis oleh Alexander Dumas Junior, cerita berkisar pada Margaretta, seorang perempuan cantik tetapi miskin yang membenci segenap lelaki dan bersumpah akan menggunaka kecantikannya untuk membalas dendam dan sakit hatinya ke atas mereka kerana telah membinasakan dirinya, sehinggalah beliau bertemmu Hertog Mohan, seorang tua yang kaya yang baru kematian anaknya akibat sakit dada. Dia mencintai Margaretta sebagai anak kandung kerana Margaretta serupa anaknya dan ini membuatkan Margaretta insaf dan mula berubah.

Margaretta akhirnya bertemu Armand, seorang anak muda mulia dan budiman yang selalu melawatnya di saat sakit. Margaretta akhirnya jatuh cinta pada Armand. 

“ engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu. Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu sakit, padahal orang lain menjauhi… Kerana begitu besar budimu, maka tumbuhlah di dalam hatiku perasaan cinta dan hormat kepadamu, yang belum pernah kurasai terhadap orang lain.”

You may also like

Recently viewed